Thursday, October 21, 2010

Dunia

"Hidup x selalunya indah dan hati x selalunya gelisah. Jangan jadi seperti pungguk yang risukan bulan diibaratkan hidup segan mati x mahu. Ditelan mati emak dan diluah mati bapak, andai terus merindui bulan, tenunglah ia, tapi ingat bulan x kan menunggumu. bila sahutan ayam memanggil maka ia akan pergi meniggalkan dirimu. 


Hidup ibarat roda, sekejap diatas, sekejap dibawah. Hidup juga ibarat layang-layang, yang mengawalnya adalah dirimu sendiri, andai kawalanmu kurang, akan putus talinya, jatuhlah ia ke bumi, terbanglah ia dibawa arus angin. dirimu adalah segalanya, kaulah yang mencorak dan mewarnakan hidupmu, kau yang menerangi jalanmu, andai langkahmu sumbang maka pincanglah rentakmu, hargailah setiap rentakmu, setiap langkahmu, setiap gerakmu, andai semuanya terjaga, maka kaulah pemenang dalam hidupmu"